Di Spiruney+, kami berdedikasi untuk memastikan spirulina kami berada dalam keadaan yang terbaik. Nutrien yang padat dan tidak tercemar, di hasilkan secara tradisional dan asli ( organik ) tanpa sebarang bahan sintetik.
100% Spirulina Asli Dengan Kualiti Yang Paling Terbaik
Tentang Kami
Mempunyai ladang ternak Spirulina Asli Raw Segar pertama di Malaysia dengan menggunakan sistem ladang yang tertutup ( rumah hijau ).
Dihasilkan secara tradisional tanpa sebarang racun serangga dan juga bahan kimia lainnya untuk memastikan kebersihan, kualiti, nutrisi dan enzim terus sampai ke dalam produk Spirulina kami ( Spiruney+ ) sekali gus dapat menyumbang banyak manfaat kepada pengguna kami tanpa sebarang kesan yang negatif.
Menerima Kunjungan Kementerian Pertanian
Bersyukur atas penghormatan menjadi tuan rumah Kementerian Pertanian di ladang spirulina kami! Lawatan mereka menekankan kepentingan pertanian mampan. 🌱 Dengan pengiktirafan mereka, kami optimis bahawa spirulina segar akan masuk ke lebih banyak hati dan rumah di seluruh Malaysia. Inilah masa depan kesejahteraan dan kesedaran! 💚
Kualiti Yang Terbaik, Bersih dan Selamat
Spirulina kami membiak di dalam mata air yang bersih dengan nutrien terbaik dan bebas daripada racun perosak atau sebarang bahan pencemar. Lebih-lebih lagi Spirulina di lindungi daripada pencemaran oleh rumah hijau dan Spirulina kami di tanam menggunakan kaedah kolam yang berada di luar permukaan tanah.
Kolam spirulina kami di perbuat daripada membran HDPE (High Density Polyethylene) yang berkualiti tinggi yang di import dari Kanada yang mana ia adalah satu-satunya jenis pelapik yang SELAMAT untuk gred makanan yang tinggi alkali. Matlamat kami adalah untuk menghasilkan Spirulina terbaik dengan cara yang paling semula jadi kerana kami memberi makan kepada anak-anak kami dengan Spirulina yang kami tanam sendiri. Sudah semestinya makanan yang terbaik untuk di berikan kepada anak anak kami.
Jom Kenali Dahulu Apa Itu Spirulina?
Spirulina adalah sejenis algae yang sangat halus yang tidak terlihat oleh mata kasar dan bersaiz 0.05 micron setiap unit sel. Ia adalah dari keluarga Cyanobacteria yang bersel tunggal hidup di dalam air tawar dan juga air masin. Ia juga di katagorikan sebagai tumbuhan air ( laut/ tasik ) tertua di dunia.
Ia merupakan makanan yang kaya dengan sumber Anti Oksida, Protin, Vitamin, Mineral dan juga kepelbagaian Zat lainnya.
Selain protein, sakarida, asid lemak dan vitamin, spirulina juga banyak mengandungi mineral seperti kalsium, fosforus, magnesium dan besi yang cenderung menjadi kekurangan dalam diet harian.
Ia mengandungi ke semua lima nutrien utama. Spirulina adalah berbentuk spiral dan tidak mempunyai cengkerang oleh sebab itu ia mudah untuk di hadam.
Nutrien dari Spirulina tulin ini sangat senang diserap dengan lancar ke dalam badan. Ia juga digelar peneraju utama makanan bernutrisi lengkap.
Spirulina juga mengandungi tiga pigmen penting semulajadi utama iaitu :.
Klorofil, hijau. Phycocyanin, biru dan Karotenoid, oren. Pigmen ini memainkan peranan penting dalam mengawal selia badan.
β-karotena adalah prekursor vitamin A dan mempunyai fungsi pemakanan sama seperti vitamin A. β-karotena tidak mempunyai kesan buruk seperti vitamin A walaupun di ambil secara berlebihan.
Phycocyanin merupakan warna biru terang dan ia adalah komponen aktif antioksidan penting yang sangat baik.